Kata Awalan I Menurut Kamus Agama Islam

Ditemukan 88 Kata awalan i menurut Kamus Agama Islam. Berikut dibawah ini adalah beberapa artinya.

No Kata Arti
1 ibadah segala gerak hidup yang ditujukan untuk kebaikan orang lain (termasuk dirinya sendiri).
2 iblis Makhluk Allah S.W.T. daripada jenis jin. Asalnya ia sangat taat beribadat kepada Allah S.W.T. dan menjadi pemimpin malaikat tetapi kerana dengki dan lahir perasaan takbur kepada Nabi Adam a.s. menjadikan mereka kafir. Kini iblis berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia agar mereka masuk bersama-samanya ke dalam neraka kelak.
3 idah Tempoh bagi wanita yang bercerai, tidak boleh berkahwin sama ada cerai hidup atau cerai mati.
4 ifrit Satu jenis jin yang gagah perkasa daripada jenis jin yang lain. Ia banyak berkhidmat kepada Nabi Allah iaitu Nabi Sulaiman a.s. terutamanya dalam melakuakn tugas-tugas kerajaan yang berat.
5 ihdad
6 ihram
7 ihsan 1- Berbuat baik dan bermurah hati kepada hamba-hamba Allah S.W.T. Kita disuruh berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa kita. 2- Beribadat dengan penuh khusyuk kepada Allah S.W.T. Misalnya, kita mengerjakan solat dengan penuh khusyuk seolah-olah Allah S.W.T. sedang memerhatikan apa yang kita sedang lakukan, walaupun kita tidak dapat melihatNya.
8 ihtikar Perbuatan menyorok barang-barang keperluan orang ramai seperti makanan dan lain-lain lagi serta menjual denagn harga yang tinggi dan boleh menyebabkan orang ramai susah. Perbuatan ini haram kerana menipu.
9 ijab Melafazkan perkataan membuat sesuatu tawaran kepada seseorang. Ia hendaklah diikuti olehkabul sebagi persetujuan. Ijab kabul biasanya diguna pada jual beli dan akad nikah.
10 ijarah Sewa-menyewa. Hukumnya harus dengan syarat benda yang disewakan itu memberi manafaat dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
11 ijmak Kebulatan pendapat ulamak ijtihad dalam dalam menentukan sesuatu hukum bagi sesuatu masalah. Ijmak ulama merupakan sumber perundangan Islam selepas Al- Quran dan Hadis yang wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam.
12 ijtihad Menjalankan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk menentukan sesuatu hukum bagi sesuatu masalah baru yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan hadis berasaskan syarak. Ulama yang berijtihad dikenali sebagai mujtahid.
13 ikhlas melakukan sesuatu ibadat atau pekerjaan semata-mata kerana Allah S.W.T. tanpa didorong oleh sebab-sebab yang lain. Allah S.W.T. hanya akan menerima ibadat hambaNya yang ikhlas sahaja.
14 ikhtilaf Ertinya berbeza-beza pendapat di antara ulama feqah dalam menentukan sesuatu hukum bagi masalah yang tertentu.
15 ikrar
16 iktibar Mengambil pengajaran daripada sesuatu perkara yang berlaku ke atas dirinya .
17 iktidal Berdiri tegak dan tenang apabila bangkit daripada rukuk. Iltidal merupakan salah satu daripada rukun solat yang mesti dilakukan dengan sempurna.
18 iktikaf Duduk di dalam masjid dengan niat menghampiri diri kepad Allah S.W.T. Ynag paling baik dengan melakukan ibadat lain seperti berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.
19 iktiraf Memberikan pengakuan terhadap sesuatu perkara.
20 ilak Suami yang bersumpah denagn nama Allah S.W.T. tidak akan meniduri isterinya. Jika dalam masa empat bulan atau lebih mereka tidak bersama akan jatuh talak bain dan tidak boleh rujuk semula. Tetapi jika suami tidak meniduri isterinya kurang daripada empat bulan, suami wajib membayar kifarah sumpah.
21 iman
22 imsak Waktu yang hampir benar dengan siang hari puasa. Orang yang berpuasa tidak lagi boleh makan dan minum serta yang membatalkan puasa sehingga waktu berbuka puasa.
23 infak Menyumbang atau membelanjakan harta atau waang ringgit atau tenaga pada jalan yang diredhai Allah S.W.T. seperti menyumbangkan wang pada fakir miskin.
24 Injil Sebuah kitab dari Allah S.W.T. diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Ibrani. Antara kandungannya ialah mentauhidkan Allah S.W.T. dan menyatakan kelahiran Nabi s.a.w. Serta hukum dan pengajaran yang sesuai mengikut semasa. Injil yang asal sudah tiada lagi sekarang kerana paderi-paderi Kristian telah mengubah kandungannya yang sebenar sehingga terdapat lima macam Injil iaitu Injil Markus, Matta, Luqa, Yuhana dan Bernaba.
25 insaf Perasaan yang timbul dalam hati seseorang berikutan dengan sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan dia akan berubah sikap seperti akan berwaspada dan sebagainya.
26 Islam Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah saja kerana mengikut kesesuaian masa.
27 istihadah Darah yangkeluar dari rahim perempuan seperti darah haid tetapi ia bukan darah haid atau nifas. Ia adalah darah penyakit dan wajib ia mengerjakan solat serta wajib pula berpuasa seperti biasa.
28 istihsan Satu sumber hukum syarak. Ia bertentangan dengan kias yang nyata. Sebagai contoh sekiranya berlaku ke atas seorang pencuri dipotong tangan kirinya secara tersalah kerana sepatutnya tangan kanan yang dipotong, maka berdasarkan istihsan tidak perlu lagi dipotong tangan kanannya kerana ia sudah memadai.
29 istinja Penyucian setelah kencing atau buang kotoran dengan menggunakan air atau batu.
30 Israfil Salah satu daripada malaikat yang wajib dipercayai oleh setiap mukalaf. Malaikat ini ditugaskan meniup sangka kala apabila hampir Kiamat. Apabila ditiup bagi kali yang kedua, semua yang bernyawa hidup semula untuk dibicarakan amalan masing-masing.
31 istighfar Memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah S.W.T. atas kesalahan dahulu. Diucapkan pada bila-bila masa denagn perasaan hati yang khusyuk . Istighfar ialah salah satu jenis zikir kepada Allah S.W.T.
32 istiqamah Pendirian seseorang yang tetap hati dan tekun untuk mencapai apa yang dihajatinya. Sifat istikamah sifat yan terpuji.
33 Izhar Satu cara membaca ayat al-Quran dengan menyatakan bunyi huruf nun yan mati atau tanwin apabila bertemu dengan salah satu huruf-huruf berikut; alif, hamzah, ha, ho, ghin, ain, kha.
34 Ibnu Sina Namanya Abu Ali bin Abdillah bin Sina. Orang Barat memanggilnya Avicenna. Beliau dilahirkan di Parsi pada tahun 370 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah. Beliau seorang yang terkenal terutamanya dalam bidang falsafah dan kedoktoran. Antara karyanya yang masih dipakai ialah Al-Qanun iaitu kitab mengenai perubatan dan An-Najab iaitu buku falsafah.
35 Ibadah Khusus Ibadat yang ditentukan ke atas setiap individu untuk melakukannya. Seperti ibadat solat, puas dan lain-lain lagi.
36 Ibham tidak menyebutkan nama secara jelas dan tegas; kerana sudah dikenal, sudah dijelaskan di tempat lain, kerana hendak menutupinya, dll.
37 Ibn/Walad Anak lelaki.
38 Ibnu Abas Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah.
39 Ibnu Arabi Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut.
40 Ibnu Batutah Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pengembara Barat untuk mengetahui geografi dan keadaan sesebuah negara.
41 Ibnu Hibban Namanya Muhammad bin Hibban. Beliau dilahirkan di Sijistan dan mengembara ke beberapa tempat kerana mencari ilmu sehingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau paling terkenal dalam ilmu hadis dan sejarah.
42 Ibnu Ishak Namanya Muhammad bin Ishak al-Madani. Beliau terkenal sebagai ulama hadis dan sejarah. Antara bukunya yang terkenal ialah Siratu Nabawiyah. Setelah berhijrah ke beberapa buah tempat akhirnya beliau menetap di Baghdad dan meninggal dunia di sana.
43 Ibnu Jauzi Namanya Muhammad bin Ahmad Jauzi. Beliau merupakan ulama terkenal dalam mazhab Maliki. Antara kitabnya yang terkenal ialah al-Qawaninul Fiqhiyah yang membicarakan tentang sirah rasul, ilmu kalam, feqah dan tasawwuf. Beliau meninggal dunia pada tahun 741 Hijrah.
44 Ibnu Kathir Namanya Ismail Umar yang dilahirkan pada tahun 701 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 774 Hijrah di Damsyik. Beliau paling terkenal dalam ilmu tafsir dan sejarah. Antara karyanya yang kekal ialah Tafsir Ibnu Kathir.
45 Ibnu Majah Namanya Muhammad bin Yazid al-Qazwini. Beliau dilahirkan pada tahun 209 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 273 Hijrah. Beliau seorang ulama hadis yang termasyhur. Antara kitabnya yang terkenal ialah As-Sunan Ibnu Majah.
46 Ibnu Mas'Aud namanya Abdullah bin Mas'aud. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan yang mula-mula memeluk agama Islam. Beliau alim dalam pembacaan al-Quran dan banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah.
47 Ibnu Qaiyim Namanya Muhammad bin Abu Bakar Syamsudin. Beliau dilahirkan pada tahun 691 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijrah. Beliau seorang ulama yang terkenal dan luas pengetahuan serta banyak membuat penyelidikan. Beliau juga adalah murid kepada Ibnu Taimiyah. Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan pendapatnya dan banyak menuls kitab.
48 Ibnu Rusyd Namanya Muhammad bin Ahmad bin Rusyd. Di Barat beliau terkenal denga nama Averroes, dilahirkan pada tahun 520 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 595 Hijrah. Beliau terkenal dengan ilmuan Islam dan ahli falsafah yang banyak menggunakan akal fikiran dan falsafah Aristotle dan tidak sehaluan dengan Imam Ghazali. Buku karangannya yang terkenal ialah Biyadatul-Mujtahid.
49 Ibnu Sabil Maksudnya orang yang meninggalkan rumahtangga dan keluarga untuk bermusafir. Mereka bermusafir kerana mencari keredhaan Allah S.W.T. seperti mencari ilmu dan sebagainya. Mereka berhak mendapat bantuan dan zakat harta.
50 Ibnu Shulbi Anak lelaki kandung
51 Ibnu Taimiyah Namanya Taqiyuddin bin Abdul Salam. Beliau dilahirkan pada tahun 661 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 728 Hijrah. Beliau merupakan ulama yang masyhur yang bergelar Syeikhul-Islam. Beliau sungguh gigih memberikan pendapat dan berani menegur masyarakat akan perkara-perkara yang pada pendapatnya tidak betul iaitu mengikut ajaran agama Islam. Banyak buku tulisannya yang menjadi sumbar rujukan para ulama yang kemudian.
52 Ibnu Umar Namanya Abdullah bin Umar al-Khattab. Anak sulung Khalifah Umar al-Khattab. Beliau sangat bertaqwa dan kuat beribadat. Beliau dihormati dan hampir setanding dengan Khulafa' Ar-Rasyidin. Beliau pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. dan merupakan seorang perawi hadis Nabi s.a.w.
53 Ibnul Ibn Cucu lelaki dari anak lelaki
54 Ibnus Sabil Orang-orang musafir yang bertujuan untuk kebaikan yang baginya berhak diberi zakat.
55 Ibraa Menghibahkan hutang kepada orang yang berhutang.
56 Ibrahim (Surah) Surah al-Quran yang ke-14. Surah ini mengandungi 52 ayat yang diturunkan di Mekah. Dinamakan Surah Ibrahim kerana di dalamnya ada disebutkan tentang Nabi Ibrahim a.s.
57 Ibtid Menyambungkan semula bacaan Al-Quran setelah mewakafkannya.
58 Ibtida’ Memulai bacaan.
59 Idgham Mutajanisain huruf yang mati bertemu bertemu dengan huruf yang hidup sejenis makhraj tetapi berlainan sifatnya seperti huruf ta dengan to.
60 Idgham Mutamasilain Satu cara membaca ayat al-Quran dengan mengidghamkan huruf mim yang mati kepada mim yang hidup.
61 Idgham Mutaqaribain Mengidghamkan dua bunyi huruf yang bertemu dan berhampiran makhraj tetapi berlainan sifat kedua-dua huruf tersebut.
62 Idgham Memasukkan bunyi pertama ke bunyi yang kedua. Oleh itu jadilah bunyi huruf itu bercampur dengan huruf yang dihadapannya. Idgham termasuk dalam hukum tajwid.
63 Idris (Nabi) Seorang daripada rasul pilihan. Nama penuhnya Idris bin Mahlil bin Thia bin Adam a.s. beliau orang yang mula mengetahui ilmu yang penting bagi manusia seperti jahit-menjahit, menulis dan sebagainya. Beliau diutuskan kepada keturunan Qabil yang menyembah berhala
64 Iftirasy Duduk iftirasy bererti duduk di atas tapak kaki kiri dan kaki kanan yang ditegakkan (duduk pada tahiyat awal).
65 Iftirasy; Duduk Duduk dengan melipat kaki kiri, lalu mengembangkan dan duduk di atasnya dengan menegakkan telapak kaki kanan sambil menghadapkan ujung-ujung jarinya ke arah kiblat.
66 Ihtilam Keluar air mani kerana mimpi bersetubuh. Wajib bagi mandi hadas besar bagi orang yang berihtilam dan dikira sudah cukup umur (mukalaf).
67 Ihya'Ulumuddin Kitab imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab ini mengandungi kupasan kerja hati , cara beribadat dan mendampingi Allah S.W.T. dengan lebih dekat lagi. Kitab ihya' ulumuddin adalah kitab ilmu akhlak dan tasawwuf yang terkemuka.
68 Ihyaul Mawat
69 Ijmali Sesuatu yang dijelaskan dengan keseluruhan sahaja atau secara ringkas. Kebanyakan hukum di dalam al-Quran dinyatakan secara ijmali, kemudian ayat atau hadis yang lain yang menjelaskan secara terperinci.
70 Ikhfak Hakiki Satu cara dengan bacaan mendengungkan bunyi huruf nun mati atau tamwin apabila disambut oleh salah satu huruf berikut; sin, ta, jim, zai, sod, dal, kob, fa, yha, dhot, to, zo, syim, zal.
71 Ikhfak Syafawi Satu bacaan ayat al-Quran iaitu mendengungkan bacaan bunyi mim mati apabila berjumpa huruf ba.
72 Ikraah (Paksaan) membawa orang lain kepada apa yang tidak disenanginya dengan ancaman.
73 Ilaa’(Kelebihan) sumpah suami bahwa ia tidak akan menggauli istrinya.
74 Ila’ Sumpah suami kepada istrinya yang tidak akan menggaulinya dalam batas waktu 4 bulan atau lebih. Jika sebelum 4 bulan si suami kembali kepada istrinya dia harus membayar kafarat (denda) sumpah dengan
75 Ilhad Memisahkan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat
76 Ilyas (Nabi) Salah seorang daripada rasul plihan. Diutuskan kepada satu kaum yang menyembah berhala di satu kawasan berhampiran dengan Lubnan. Oleh sebab kejahatan kaum itu melampaui batas, Nabi Ilyas a.s. dan pengikut-pengikutnya berpindah. Allah S.W.T. membinasakan kaum tersebut dengan gempa bumi yang dahsyat.
77 Imalah Membunyikan huruf bacaan al-Quran yang berbaris di atas Isweh diantara fathah dan kasrah.
78 Iqrar Pengakuan dari seseorang dengan sebenarnya terhadap apa yang dinyatakan oleh dirinya dalam suatu tindakan hukum misalnya pengakuan berhutang kepada orang lain atau sebagai seorang pencuri dan lain-la
79 Isti'Alak Salah satu hukum tajwid iaitu dengan meninggikan bunyi sebahagian daripada huruf Al-Quran dan hendaklah mengangkat lidah ke langit apabila membacanya. Huruf-hurufnya ialah ho, sot, dhot, ghin, to, kob, zo.
80 Isti Hadhah Keluarnya darah terus-menerus dan mengalirnya bukan pada waktunya.
81 Istibra' 1- Berdehem perlahan selepas membuang air kecil supaya najis tersebut keluar semua. 2- Tempoh menunggu sehingga datang sekali lagi haid bagi perempuan yang dicerai untuk memastikan dia tidak mengandung.
82 Istinbat Mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara berijtihad oleh ulama feqah.
83 Istinjak Menghilangkan kesan najis yang ada pada kemaluan setelah membuang air besar atau kecil supaya kembali bersih. Beristinjak biasanya dengan menggunakan air atau menggunakan batu dan benda-benda keras.
84 Isti’Adzah Ucapan atau bacaan ‘audzu billahi minasy syaitonir r          ojim.
85 Ittiba’ mengikuti satu ajaran yang antara lain hukum Islam (fiqih) dengan ditunjukkan sumber pengambilan hukum itu oleh orang yang mengajarkannya, dan cara inilah yang dibenarkan.
86 Izrail Salah satu daripada sepuluh malaikat yang wajib dipercayai oleh setiap mukalaf. Tugasnya ialah mencabut setiap nyawa dengan perintah Allah S.W.T.
87 I’Rab Ilmu yang membahas kedudukan setiap kata dalam suatu kalimat.
88 I’Tikaf

Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.