Kata Awalan F Menurut Kamus Agama Islam

Ditemukan 33 Kata awalan f menurut Kamus Agama Islam. Berikut dibawah ini adalah beberapa artinya.

No Kata Arti
1 fakir Orang yang berhajat kepada pertoongan. Contohnya manusia fakir kepada Allah S.W.T. 2- Orang yan tida pendapatan langsung dan tiada menanggung nafkahnya. Orang ini tidak diwajibkan membayar zakat tetapi layak menerima zakat.
2 fana Sesuatu yang tidak kekal, akan binasa seperti dunia yang ada sekarang. Apabial tiba masanya ia akan binasa. Lawan fana ialah baqa' iaitu kekal slamanya. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang kekal selama-lamanya.
3 faraid Ilmu yang menyatakan tentang cara dan hukum harta pusaka dibahagikan kepada waris si mati mengikut hukum syarak.
4 fardu ain Perkara-perkara yang wajib dilakukanoleh tiap-tiap orang yang mukalaf. Contohnya mengetahui bahagian-bahagian najis dan cara menyucikannya.
5 fardu kifayah Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas sekumpulan orang Islam untuk mengerjakannya. Apabila salah seorang dari mereka telah melakukannya maka terlepaslah tanggungan yang lainnya. Namun sekiranya, tidak ada seorang pun yang melakukannya maka semua daripada mereka berdosa. Contohnya, dalam solat mayat, jika ada beberapa orang yang melakukannya maka terlepaslah tanggungan mereka semua dari dosa.
6 fasakh Perceraian pasangan suami isteri yang dilakukan oleh hakim atas permintaan pihak isteri dengan sebab-sebab tertentu.
7 fasik Orang yang melakukan dosa besar tanpa betaubat. Atau orang yang melakukan dosa kecil yang berlarutan dan orang yang melakukan kejahatan sesama manusia.
8 firdaus Nama salah sebuah syurga yang paling baik di akhirat.
9 firman Perkataan yang datang daripad Allah S.W.T. Jika perkataan itu datangnya dari Nabi s.a.w. ia dinamakan sabda.
10 fitnah 1-menabur fitnah bermaksud menyebar cerita yang tidak benar dan buruk kepada orang ramai. Akibatnya masyarakat akan menjadai huru hara. Perbuatan sedemikian adalah sangat dilarang oleh agama. 2- Melakukan kezaliman dan halangan terhadap orang Islam kerana mereka beriman dengan agama Islam.
11 fitrah 1-Semula jadi. 2- Bersedekah segantang makanan yang mengenyangkan pada Hari Raya Puasa kepada orang yang layak menerimanya atau membayar harga makanan tersebut kepada amil.
12 Faqih Orang yang mahir dalam ilmu feqah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut.
13 Fadilah Kelebihan atau pahala yang akan diperoleh oleh orang yang melakukan sesuatu amalan. Banyak hadis yang meriwayatkan tentang kelebihan mengerjakan amalan-amalan kebajikan.
14 Fahisyah Perkara-perkara keji dan buruk dari sudut pandangan agma dan amsyarakat seperti mencuri, membunuh, melakukan sesuatu yang menyusahkan orang ramaidan sebagainya. Agama Islam melarang kita melakukan perkara yang keji.
15 Fajar Kazib Cahaya yang terbit di kaki langit kelihatan menjurai-jurai menjelang waktu subuh. Cahaya ini terbit sekejap sahaja. Kemudian langit gelap semula, tidak lama selepas itu baru terbit fajar kedua dan masuk waktu subuh.
16 Fajar Sadik Cahaya yang terbit melintang di kaki langit yang membawa kepada hari siang. Denagn masuk fajar kedua ini menandakan telah masuk waktu subuh.
17 Fardhu Kifayah Kewajiban bagi sebahagian umat Islam, yang jika dikerjakan berpahala dan jika sebahagian umat Islam meninggalkannya maka berdosa semuanya. Misalnya solat jenazah, dll.
18 Fardhu ‘Ain Kewajiban bagi semua umat islam, yang jika dikerjakan berpahala dan jika ditinggalkan berdosa, misalnya solat dan puasa.
19 Fardhu/Rukun/Wajib  Sesuatu yang jika dikerjakan berpahala dan jika ditinggalkan berdosa; misalnya solat 5 waktu, puasa Ramadhan, dll.
20 Fardh  Bahagian yang telah ditentukan bagi ahli waris, jamaknya furuudh.
21 Faridhah Fardh. Jamaknya faraaidh.
22 Fashilah Kata akhir suatu ayat.
23 Fatimah Al-Zahra Puteri bongsu Rasulullah s.a.w. yang telah berkahwin dengan Sayidina Ali bin Abi Talib. Dikurniakan dua putera lelaki iaitu Hassan dan Hussain. Daripada mereka berdua berkembang keturunan Rasulullah s.a.w. Al-Zahra ialah gelaran yang diberikan kepada beliau yang bermaksud suci dan bersih.
24 Fatimiah Sebuah kerajaan Islam lanjutan daripada pemerintahan Saidina Ali di Tunisia yang bermula pada tahun 297 Hijrah selama 250 tahun dengan sebanyak 14 orang khalifah. Pengasas dinasti ini ialah Mahdi Ubaidullah.
25 Fidak Benda-benda yang dijadikan tebusan untuk melepaskan tawanan daripada pihak musuh.
26 Fidyah Bersedekah makanan kepada fakir miskin sebagai denda. Umpamanya orang yang tidak mengqadha' puasanya hingga ketahun berikutnya. Maka ia wajib membayar fidyah dan qadha' puasa.
27 Fiqah Ilmu perundangan Islam mengenai tiap-tiap perlakuan orang yang telah mukalaf. Ilmu ini mempunyai hukum wajib, sunat, haram, makruh, harus, sah dan batal.
28 Fiqih Pengetahuan, yakni pengetahuan hukum Islam seperti ibadah, jenayah dan muamalah dan hukum-hukum Islam yang lain.
29 Firaun Nama satu keturunankerajaan yang memerintah di negara Mesir. Bermula kira-kira 3000 tahun sebelum Masehi. Dinasti ini mempunyi 30 orang pemerintah. Ramses II ialah raja yang memerintah semasa Nabi Musa a.s.
30 Fuqaha' Mereka yang sangat alim dalam ilmu feqah dan yang berhubung dalam perkara itu.
31 Furqar Satu daripada nama al-Quran, yang bermaksud membezakan perkara yang salah dan yang benar.
32 Fusilat (Surah) Surah al-Quran yang ke-41. Surah ini mengandungi 54 ayat yang diturunkan di Mekah. Fusilat bererti penjelasan yang sejelas-jelasnya.
33 far'u Cabang keturunan yang diturunkan. Jamaknya : furu’.

Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.