Kata Awalan A Menurut Kamus Agama Islam

Ditemukan 146 Kata awalan a menurut Kamus Agama Islam. Berikut dibawah ini adalah beberapa artinya.

No Kata Arti
1 abrar Kumpulan orang yang taat kepada Allah S.W.T. serta melakukan kebajikan. Mereka dijamin oleh Allah S.W.T. akan mendapat kedudukan yang tinggi di syurga kelak.
2 adab Kesopanan dalam pemikiran seseorang serta budi bahasa yang lemah lembut dan halus. Agama islam menggesa penganutnya supaya beradab keada Allah S.W.T. dan sesama manusia.
3 adat Sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat melakukannya. Ada adat yang menentang ajaran agama Islan dan ada yang tidak.
4 adil 1- Salah satu nama Allah S.W.T. (Al-Asma'ul Husna) yang bererti Allah itu Maha Adil kepada hamba- hambaNya. 2- Mereka yang menjalankan suruhan Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. 3- Orang yang menjalankan tugas mengikut yang sebenarnya tanpa mementingkan diri sendiri, keluarga dan orang yang tertentu.
5 afdal Perkara yang lebih utama atau lebih banyak pahala seperti menghadiri kuliah agama lebih afdal daripada mengerjakan beberapa solat sunat biasa.
6 ajal Tempuh atau masa yang ditentukan ole Allah S.W.T. sesuatu akan berlaku ke atas makhlukNya. Seperti apabila sampai ajal bagi seseorang yang ditentukan ia kan lahir, maka ia pun dilahirkan. Atau jika seseorang itu mati, dia pun akan mati.
7 ajnabi Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas.
8 Akad Perjanjian yang dilafazkan oleh dua belah pihak yang menunjukkan persetujuan mereka. Contohnya seperti akad jual beli dan sebagainya.
9 akad nikah Perkataan yang dilafazkan oleh jurunikah ketika melakukan pernikahan (ijab) dan jawapan penerimaan yang dilafazkan oleh pengantin lelaki (kabul). Pernikahan tidak sah tanpa akad nikah.
10 akhirat Alam yang kekal dan akan di diami oleh manusia dan jin sesudah alam dunia yang ada pada sekarang ini dimusnahkan. Manusia akan melalui beberapa proses seperti melalui alam Barzakh dahhulu untuk sampai ke sana. Senang dan susahnya kelak akan bergantung kepada amalan yang dilakukan oleh seseorang itu semasa hidup. Percaya kepada hidup semula di akhirat dan perkara yang berkaitan dengannya adalah salah satu daripada rukun iman.
11 akidah Asas kepercayaan agama seseorang. Tiap-tiap orang Islam perlu mempunyai akidah Islam yamh betul.Orang yang mempunyai akidah yang salah, ibadatnya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. dan dia akan dimasukkan ke dalam neraka.
12 akikah Menyembelih binatang pada hari yang ke tujuh selepas kelahiran bayi sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. Hukum membuat akikah adalah sunat muakad. Masanya semenjak ia lahir sehingga sehingga dia belum baligh. Tetapi masa yang paling afdal ialah semasa hari ke tujuh ia dilahirkan.
13 alam Alam yang nyata. Yang nampak dipandang oleh syahadah mata kasar.
14 alim Ertinya seseorang yang pakar atau mahir dalam sesuatu bidang pengetahuan. Biasanya perkataan alim ditujukan kepada seseorang yang mahir dalam ilmu agama Islam seperti makna dan lain-lainnya. Apabila banyak dipanggil ulama.
15 amal jariah Amalan atau sedekah yang berkekalan faedahnya untuk orang ramai seperti mendirikan masjid dan sebagainya.
16 amil Pegawai yang telah dilantik oleh jabatan agama untuk memungut zakat bagi satu kawasan daripada orang ramai. Amil juga salah satu daripada orang yang layak menerima harta zakat
17 amin Perkataan yang diucapkan ketika mendengar orang lain membaca doa. Ertinya- Ya Allah kabulkanlah permintaan kami
18 ansar Gelaran kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang terdiri daripada orang Madinah. Mereka berjuang bersama-sama Baginda untuk menegakkan Islam dan menolong orang-orang Muhajirin pada permulaan Hijrah sehingga terdirinya negara Islam.
19 arak Tiap-tiap minuman yang memabukkan tidak kira daripada bahan apa minuman itu diperbuat. Hukum meminumnya ialah berdosa besar kerana ia boleh menghilangkan akal manusia daripada pertimbangan dan menyebabkan bahaya kepada diri sendiri atau menyebabkan berlakunya maksiat, pembunuhan dan lain-lain lagi.
20 arasy Singgahsana kerajaan kebesaran Allah S.W.T. yang amat luas. Ia berada jauh dari langit yang ketujuh. Nabi s.a.w. pernah sampai ke arasy pada malam Israk Mikraj. Hakikat bentuk arasy tidaklah diketahui melainkan Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya.
21 aurat Sebahagian anggota badan yang wajib ditutup ketika bersolat an ketika dalam pergaulan biasa.
22 azali Yang tiada permulaan wujudnya atau pun yang kekal wujudnya tiada permulaan. Hanya Allah S.W.T. saja yang bersifat azali.
23 azan Ertinya bang yang bertujuan mengingatkan orang ramai bahawa telah masuk waktu solat. Biasanya di masjid dan surau azan dilaungkan oleh bilal. Namun jika di rumah ia juga disunatkan melakukan azan.
24 azimat Tulisan-tulisan atau lukisan yang tertentu yang ditulis pada kertas atau lain-lainnya dan dipakai di badan dengan tujuan melindungi si pemakai dari sabarang bencana dan malapetaka. Perbuatan ini dilarang dalam Islam.
25 air mani Cecair yang berwarna putih dan pekat yang keluar daripada zakar ketika nafsu sedang memuncak. Cecair ini tidak najis tetapi orang yang keluar mani wajib mandi junub.
26 Aisyah Salah seorang isteri Nabi s.a.w. dan anak kepada Saidina Abu bakar. Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. pada usia dua belas tahun. Beliau seorang yang bijak, kuat beribadat, menjadi rujukan para sahabat dan banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau digelar Ummul Mukminin.
27 Arafah Sebuah padang seluas 22 kilometer di Jabbal Rahmah. Jemaah haji berada di padang Arafah pada 9 Zulhijah kerana menunaikan salah satu rukun haji.
28 ababil Nama burung yang menyerang tentera Abrahah yang bergajah dengan seketul batu ketika mereka datang ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah. Tentera Abrahah telah musnah sama sekali kerana serangan burung-burung itu. Peristiwa ini berlaku dua tahun sebelum keputeraan Rasulullah s.a.w. dan tahun itu juga dinamakan Tahun Gajah. Cerita ini dirakamkan di dalam Surah al-Fil.
29 al-ghaffar Salah satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma' al-husna). Yang bererti Maha Pengampun. Sesiapa yang membacanya seratus kali selepas solat Jumaat akan zahir baginya tanda keampunan dosa.
30 al-hadi Salah satu daripada nama Allah (Al-asma' al-husna) yang bermaksud Yang Memberi Petujuk kepada mana-mana hambaNya yang dikehendaki.
31 al-hakam Satu daripada nama Allah S.W.T. yang wajib kita percayai. Bererti Yang Maha Menentukan Hukuman perkara-perkara yang berlaku ke atas makhluknya dan tiada siapa yang dapat menghalang. Sesiapa yang berzikir Ya hakam pada tengah malam dalam keadaan suci dan khusyuk sebanyak 68 kali, Allah S.W.T. akan menjadikan hatinya tempat hikmat.
32 al-hakim Satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma' al-husna) yang bermaksud yang Maha Bijaksana.Tiap-tiap sesuatu ciptaanNya mempunyai tujuan yang tidak sia-sia. Jika dibaca 300 kali Ya hakim tiap-tiap hari, akan dibuka pintu hikmat dan dijauhkan segala yang memudaratkan dengan izin Allah S.W.T.
33 al-halim Salah satu nama daripada al-asma al-husna yang bermaksud Yang Maha Penyantun dan Maha Penyabar kepada makhluk-makhlukNya yang meminta ampun.
34 al-karim Salah satu nama Al-Asma Al-Husna. Yang bererti Allah Yang Maha Mulia atau Maha Pemurah memberi ezeki terhadap hamba-hambaNya. Sesiapa yang mengamalkan berzikir Ya Karim sebanyak 270 kali setiap kali hendak tidur, ia akan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat, Insya Allah.
35 al-khabir Satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma al-husna) yang bererti Yang Amat Mengetahui dengan seluas-luas akan hakikat sesuatu daripada perkara besar hingga kepada perkara-perkara kecil. Sesiapa yang berzikir Ya Khabir sebanyak 812 kali tiap-tiap hari selama seminggu, akan datang khabar yang dikehendakinnya, dengan izin Allah S.W.T.
36 al-khaliq Satu daripada nama Allah (al-asma al-husna) yang bererti pencipta segala makhluk. Sesiapa yang berzikir Ya khaliq sebanyak 731 kali, Allah S.W.T. akan menerangkan mata hatinya.
37 Azimah hukum syarakyang telah ditetapkan dari awaldan menjadi undang-undang bagi umum. Sebagai contoh wajib puasa pada bulan Ramadan.
38 Abu Hurairah Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan telah memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhar, beliau banyak menghabiskan masanya dengan mendampingi Rasulullah s.a.w. Seorang yang kuat ingatan dalam menghafaz hadis dan banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w.
39 Atid Malaikat yang mencatat segala kejahatan manusia dan catitan itu akan diserahkan kepada Allah S.W.T. kelak untuk diadakan pengadilan. Malaikat Atid adalah salah satu daripada sepuluh malaikat yang wajib kita beriman dengannya.
40 A'Rabi Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok- kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.
41 Abdul Bar Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.
42 Abdul Rahman Bin Auf Sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka dan memeluk Islam sejak awal-awal lagi. Beliau merupakan seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh-puluh ribu dinar hartanya untuk perbelanjaan pertahanan negara. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan wafat ketika berusia 75 tahun. Beliau telah dimakamkan di Baqek.
43 Abdullah Bin Rawahah Jurutulis Rasulullah s.a.w. dan panglima Islam yang berani. Beliau gugur dan mati syahid ketika menentang tentera Rome dalam peperangan Muktah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.
44 Abdullah Bin Sabak Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan fahaman Syiah.
45 Abdullah Bin Salam Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.
46 Abdullah Bin Ubai Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam.
47 Abdullah Bin Umar Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.
48 Abrahah Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindakan beliau yang tidak mendapat sambutan, beliau pun melanggar Mekah dengan tentera-tentera bergajah. Belum sempat beliau memusnahkan Kaabah, beliau dan tentera- tenteranya telah dibinasakan oleh burung-burung Ababil.
49 Abu Bakar As-Siddiq Sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling rapat. Beliau pernah menemani Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah. Beliau merupakan lelaki pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa membenarkan ajaran Rasulullah s.a.w. dengan sebab itu beliau digelar as-Siddiq . Nama asalnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah. Beliau telah menjadi khalifah yang pertama dan wafat ketika berusia 63 tahun.
50 Abu Daud Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis.
51 Abu Hanifah Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah.
52 Abu Jahal Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata- mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau telah mati terbunuh dalam peperangan Badar ketika menentang tentera Islam.
53 Abu Lahab Salah seorang bapa saudara Nabi s.a.w . Dan namanya yang sebenar ialah Abdul Uzza. Beliau sangat memusuhi Rasulullah s.a.w. dan menentang dakwah Islam sehingga diturunkah surah Al-Lahab (lidah api). Surah ini mencela Abu Lahab bersama isterinya dan kedua-duanya akan dikenakan api neraka yang dahsyat.
54 Abu Qasim Gelaran yang diberikan kepada junjungan kita s.a.w kerana baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qasim tetapi meninggal dunia ketika semasa kecil lagi.
55 Abu Talib Bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan bapa kepada Saidina Ali. Beliau memimpin keluarga Bani Hasyim yang disegani oleh orang Quraisy dan pelindung kepada Rasulullah s.a.w. daripada ancaman musuh. Setelah beliau wafat, orang Quraisy berani mengancam Rasulullah s.a.w. sehingga mahu membunuh baginda.
56 Abu Ubaidah Al-Jarah Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo. Beliau wafat pada tahun 18 Hijrah.
57 Abu Zar Al-Ghifari Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bersikap tegas ketika memperjuangkan kebenaran dan hak. Cara hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan kesenangan dunia. Sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah S.W.T.
58 Ad-Dahr (Surah) Surah al-Quran yang ke-76. Surah ini mengandungi 31 ayat diturunkan di Mekah. Ad-Dahr bermaksud masa. Didalam surah ini , Allah S.W.T. telah mengingatkan manusia kerana masa sentiasa beredar dan manusia masih dalam keadaan leka.
59 Ad-Dailami Namanya Shahradar bin Syirawih, dilahirkan di Dailam. Beliau seorang ulama hadis. Di antara kitab hadisnya ialah kitab Al-Firdaus. Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Hijrah.
60 Ad-Duha (Surah) Surah al-Quran yang ke-93. Surah ini mengandungi 11 ayat yang diturunkan di Mekah. Ad-duha bererti waktu pagi kerana Allah S.W.T. telah bersumpah dengan waktu duha bahawa Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan Nabi s.a.w. sepertimana yang dikatakan oleh orang kafir.
61 Adam (Nabi) Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perintah lalu menjadi kafir. Nabi Adam adalah pemerintah pertama di muka bumi ini.
62 Agama Budaya Agama-agama yang dicipta oleh manusia sendiri. Agama-agama ini tidak mempunyai kitab daripada Allah S.W.T. seperti agama Buddha dan lain-lain lagi.
63 Agama Tauhid Agama yang mempunyai kepercayaan bahawa Tuhan itu cuma satu sahaja iaitu Allah S.W.T. yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Contohnya agama Islam.
64 Agama Wahyu Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran terdahulu telah dimansuhkan atau dibatalkan. Hanya Al-Quran saja yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Agama Wahyu juga dikenali sebagai agama Samawi. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Nasrani.
65 Ahli Sunnah Wal Jamaah Golongan Islam yang mengikit sunah Nabi s.a.w. dan mengasaskan keimanan atas dasar al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Golongan ini wujud sejak wujudnya agama Islam lagi tetapitidak dinamakn Sunnah wal Jamaah sehinggalah pada abad ketiga Hijrah. Pengasas golongan ini ialah Abu Hasan Asari dan Abu Mansur Al-Mauturidi. Mazhab ini menjadi pilihan mazhab tauhid kebanyakan orang Islam di dunia dan juga di Malaysia.
66 Ahlul Bait Keluarga Nabi s.a.w. yang terdiri daripada Bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim. Golongan ini tidak boleh menerima harta zakat.
67 Ahlul Hilli Wal Aqdi Mereka yang menganggotai sebuah badan perundingan yang dilantik oleh pemerintah untuk menentukan keputusan hukum mengenai sesuatu masalah yang berlaku yang tidak terdapat dalam al- Quran dan Hadis secara terperinci.
68 Ahlul Kitab Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembelihan mereka halal dimakan.
69 Ahlul Quran Orang yang arif dalam pembacaan Al-Quran dan isinya serta tafsir kitab Al-Quran.
70 Ahmad Bin Hambal Pengasas mazhab Hambali (salah satu mazhab empat) . Namanya Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau dilahirkan di Bahgdad pada tahun 164 Hijrah. Beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya dengan belajar mendalami agama Islam dan kemudian menulis buku. Beliau pernah berguru dengan Imam Syafie. Selain ulama Feqah beliau juga seorang daripada ulama hadis yang masyhur.
71 Ahzab Ertinya puak-puak yang terdiri daripada bangsa Arab dan Yahudi yang bergabung dalam Perang Ahzab. Perang Ahzab ialah peperangan di antara Rasulullah s.a.w. bersama-sama orang Islam dengan puak-puak tersebut yang menyarang Madinah pada tahun ke-5 Hijrah. Mereka gagal mengalahkan orang Islam. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Khandak.
72 Air Mutlak Air asal yang belum bercampur dengan sesuatu seperti air hujan, air paip, air sungai dan sebagainya. Air mutlak boleh menyucikan benda yang kena najis, mandi hadas besar dan dibuat untuk mengambil wuduk.
73 Ajam Bangsa-bangsa yang lain daripada bangsa Arab. Tiada kelebihan sesuatu bangsa daripada bangsa yang lain kecuali yang lebih patuh kepada Allah S.W.T.
74 Ajaran Sesat Fahaman agama yang salah dan bertentangan dengan agama Islam. Ajaran ini boleh memesongkan iktikad seseorang daripada ajaran yang betul contohnya ajaran Qadyani. Mengamalkan ajaran sesat boleh menyebabkan seseorang itu syirik dan kekal selama-lamanya di dalam neraka.
75 Akil Baligh Orang yang sudah cukup umur dan berfikiran waras atau orang mukalaf. Mereka diwajibkan mengerjakan suruhan Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Cukup umur bagi kanak-kanak perempuan ialah apabila genap berumur dua belas tahun atau kedatangan haid. Dan kanak-kanak lelaki pula ialah 15 tahun atau bermimpi sebelumnya.
76 Al-'Alaq (Surah) Surah al-Quran yang ke-96. Surah ini mengandungi 19 ayatyang diturunkan di Mekah. Ayat 1 hingga 5 merupakan ayat al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan di Gua Hira'. Al-Alaq ertinya segumpal darah, kerana di dalam ayat yang kedua Allah menceritakan bahawa Dia menjadikan manusia itu daripada segumpal darah yang beku.
77 Al-A'Raf (Surah) Surah al-Quran yang ketujuh. Mengandungi 206 ayat yang kebanyakannya diturunkan di Mekah kecuali lapan ayat daripadanya diturunkan di Madinah. Al-A'raf bererti tembok pemisah syurga dan neraka. Kerana di dalm surah ini ada menceritakan tentang kisah kehidupan penghuni kedua-duanya kelak.
78 Al-Ahzab (Surah) Surah Al-Quran yang ke-33. Surah ini diturunkan di Madinah dan mengandungi 73 ayat. Ahzab bererti pasukan tenteradaripada pelbagai suku kaum yang berjumlah sepuluh ribu orang. Mereka bergabung untuk menyerang kerajaan Islam di Madinah pada tahun ke-5 Hijrah.Tetapi dengan pertolongan Allah S.W.T. mereka telah gagal dan Allah S.W.T. telah mengingatkan orang Islam agar selalu bersyukur dengan pertolonganNya.
79 Al-Aiyubi Tokoh Islam yang mashyur dalam peprangan menentang tentera salib Eropah. Namanya ialah Sultan Salahudin Yusuf bin Aiyub. Beliau dilahirkan di Iran. Beliau juga bertanggung jawab menghapuskan fahaman-fahaman Syiah di Mesir dan menggantikan kerajaan Fatimiyah dengan kerajaan Aiyubi.
80 Al-An'Am (Surah) Surah al-Quran yang keenam. Surah ini mengndungi 165 ayat. Sebahagian daripadanya diturunkan di Madinah dan sebahagian lagi diturunkan di Mekah. An'am bererti binatang ternakan kerana di dalam surah ini Allah S.W.T. mendedahkan kepercayaan seseorang Jahiliyah terhadap binatang ternakan.
81 Al-Anbia' (Surah) Surah al-Quran yang ke-21. Surah ini mengndungi 112 ayat yang diturunkan di Mekah. Anbia ertinya hal-hall nabi kerana di antara ayat 48 hingga 91 ada menceritakan kisah mereka.
82 Al-Asma' Al- Husna Nama Allah S.W.T. yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis. Nama-nam tersebut sebanyak 99 nama.
83 Al-Asri (Surah) Surah al-Quran yang ke-103. Surah ini mengandungi tiga ayat yang diturunkan di Mekah. Al-Asri bererti masa. Dalam surah ini Allah S.W.T. ada menyebutkan tentang masa kerana masa adalah penting dalam kehidupan seseorang.
84 Al-Asyarah Al-Muba- Syarah Sepuluh orang sahabat Nabi s.a.w. yang telah dijanjikan akan masuk syurga iaitu Abu Bakar, Umar al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Az-Zubir bin Awwam, Talhah, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah, dan Zaid bin Sabit.
85 Al-Baiyinah (Surah) Surah al-Quran yang ke-98. Surah ini mengndungi lapan ayat yang diturunkan di Madinah. Al-Baiyinah bermaksud keterangan kerana Allah menjelaskan ahli kitab dan kaum Musyrikin tidak terlepas daripada menerima keterangan seorang rasul (nabi Muhammad s.a.w.).
86 Al-Baqarah (Surah) Surah al-Quran yang kedua. Surah ini mengndungi 286 ayat yang diturunkan di Madinah. Surah yang terpanjang antara surah-surah al-Quran yang lain. Al-Baqarah bermaksud lembu betina. Cerita mengenainya ada disebut dalam beberapa ayat yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.
87 Al-Baqillani Namanya Abu Bakar Muhammad bin Taibyang dilahirkan di Basrah. Beliau seorang ulamak tauhid yang terkenal daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
88 Al-Bazzar Seorang yang alim dalam ilmu hadis dan penghafaz al-Quran yang terkenal. Namanya Muhammad bin Amir, berasal dari Basrah, Iraq dan meninggal dunia pada tahun 290 Hijrah.
89 Al-Buruj (Surah) Surah di dalam al-Quran yang ke-85. Surah ini mengandungi 22 ayat yang diturunkan di Mekah. Al-Buruj bererti bintang-bintang besar kerana di dalam surah ini, Allah S.W.T. telah bersumpah dengan langit yang berbintang akan membalas mereka yang melakukan kezaliman dengan keseksaan.
90 Al-Fai Harta tawanan perang yang didapati tanpa peperangan. Umpamanya musuh cabut lari sebelum berlaku peperangan dengan meninggalkan harta mereka. Harta tersebut dijadikan harta milik negara.
91 Al-Falaq (Surah) Surah al-Quran yangke-113. Surah ini mengandungi lima ayat yang diturunkan di Mekah. Al-falaq bererti makhluk kerana di awal surah ini Allah S.W.T. memerintahan Nabi s.a.w. memohon perlindungan dariNya, daripada segala bahaya.
92 Al-Farabi Namanya Muhammad bin Muhammad, dilahirkan di Turkistan pada tahun 780 Masehi dan meninggal dunia pada tahun 950 Masehi. Beliau seorang yang mahir dalam bidang muzik, matematik dan bahasa asing. Namun yang menonjol sekali ialah dalam bidang ilmu falsafah sehingga ia dikenali dengan panggilan al-Mu'alim Assani atau guru kedua.
93 Al-Faruq Gelaran yang diberikan kepada Umar Al-Khattabkerana siakp beliau yang tegas dalam membezakan yang hak dan yang batil.
94 Al-Fatihah (Surah) Antara surah al-Quran yang terpenting kerana surah ini satu daripada rukun solat. Tanpa membacanya solat tidak sah. Surah ini mengandungi tujuh ayat yang diturunkan di Mekah. Al-fatihah bermaksud pembukaan.
95 Al-Fatir (Surah) Surah al-Quran yang ke-35. Surah ini mengandungi 45 ayat yang diturunkan di Mekah. Fatir bermaksud yang mencipta kerana dalam surah ini Allah S.W.T. sebagai pencipta yang berkuasa penuh menjadikan makhluk mengikut kehendakNya.
96 Al-Fil (Surah) Surah al-Quran yang ke-105. Surah ini mengandungi lima ayat yang diturunkan di Mekah, Al-Fil bermaksud gajah. Kerana Allah S.W.T. menceritakan tentang tentera Abrahah yang bergajah datang ke Mekah untuk membinasakan Kaabah. Tetapi mereka telah dibinasakan oleh Allah S.W.T. dengan burung yang lebih kecil berbanding gajah mereka.
97 Al-Furqan (Surah) Surah al-Quran yangke-25. Surah ini mengandungi 77 ayat yang diturunkan di Mekah. Al-Furqan bermaksud membezakan perkara yang benar dan yang salah. Dan di dalamnya Allah S.W.T. memberi amaran kepada penghuni alam mengenai bahaya azab terutamanya oranga yang menyekutukanNya.
98 Al-Ghaffur Salah satu nama Allah S.W.T. (al-asma' al-husna) yang bererti Maha Mengampuni. Sesiapa yang membacanya ke atas orang yang sedang sakit seperti demem, Insya Allah dia akan sembuh.
99 Al-Ghasyiah (Surah) Surah al-Quran yang ke-88.Surah ini mengandungi 26 ayat dan diturunkan di Mekah. Ianya bererti Kiamat.
100 Al-Ghazali Namanya Muhammad bin Muhammad Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Hamid. Beliau dilahirkan di Khurasan pada tahun 450 Hijrah. Dan meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah. Beliau sangat gigih menuntut ilmu sehingga sehingga menjadi seorang ulama yang terbesar dan mahir dalam semua bidang ilmu agama terutamanya ilmu tasawwuf dan beliau terkenal di seluruh dunia. Antara karangannya yang terpenting hingga sekarang ialah Ihya 'Ulumiddin.
101 Al-Hadid (Surah) Surah al-Quran yang ke-57. Surah ini mengandungi 29 ayat yang diturunkan di Madinah. Al-Hadid bermaksud besi kerana kerana di dalamnya Allah S.W.T. menjelaskan, Dialah yang menjadikan besi yang kuat untuk kegunaan manusia dalam hidupnya.
102 Al-Hafiz Salah satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma' al-husna) yang bermaksud Yang Melindungi makhlukNya daripada bahaya dan kemusnahan.
103 Al-Haiyu Satu daripada nama Allah (al-asma' al-husna) yang bermaksud yang hidup selama-lamanya dan tidak akan mati.
104 Al-Haj (Surah) Surah al-Quran yang ke-22. Ia mengandungi 78 ayat yang diturunkan di Madinah. Sebab dinamai surah al-Haj kerana di dalamnya terdapat perintah Allah S.W.T. kepada Nabi Ibrahim supaya mengajak manusia mengerjakan ibadat haji.
105 Al-Hasyar (Surah) Surah al-Quran yang ke-59. Surah ini mengandungi 24 ayat yang diturunkan di Madinah. Al-Hasyar bererti pengusiran kerana di dalam surah ini Allah S.W.T. menjelaskan bahawa Dialah yang mengisir Yahudi yang hendak memerangi Rasulullah s.a.w. dari Madinah.
106 Al-Hijr (Surah) Surah al-Quran yang ke-15. Surah yang mengandungi 99 ayat yang diturunkan di Mekah. Al-Hijr bererti nama suatu tempat yang ada kaitan dengan peristiwa mengenai kaum Thamud.
107 Al-Hujurat (Surah) Surah al-Quran yang ke-49. Surah ini mengandungi 18 ayat yang diturunkan di Madinah. Ia bererti bilik -bilik tempat isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
108 Al-Imran (Surah) Surah al-Quran yang ketiga. Surah yang mengandungi 200 ayat yang diturunkan di Madinah. Dinamakan surah Imran kerana menceritakan tentang keluarga Imran yang menjelaskan kesesatan orang Nasrani yang menganggap Nabi Isa a.s. itu anak Tuhan.
109 Al-Israk Perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dalam peristiwa Isra' Mikraj yan berlaku kepada Baginda.
110 Al-Jabbar Salah satu dari nama Allah S.W.T. (al-asma al-husna) yang bererti Allah Maha Berkuasa melakukan apa-apa saja yang dikehendaki ke atas makhlukNya. Sekiranya kita berzikir Ya Jabar sebanyak 206 kali pagi dan petang, tiada terdaya orang lain menzalimi ke atas kita dengan izin Allah S.W.T.
111 Al-Jalil Salah satu nama Allah S.W.T. (al-asma al-husna) yang bererti Allah Maha Berkuasa melakukanapa-apa yang dikehendaki kepada makhlukNya.
112 Al-Jamik' Salah satu nama Al-Asma Al-Husna, yang bererti Allah yang Maha Berkuasa mengumpulkan segala-galanya. Sesiapa yang berzukir dengan Ya Jamik sebanyak 300 kali setiap hari, ia akan mendapat apa-apa yang dimaksudkan dengan izin Allah S.W.T.
113 Al-Jathiah (Surah) Surah al-Quran yan ke-45. Surah yang mengandungi 37 ayat yang diturunkan di Mekah. Al-Jathiah bererti manusia yang berlutut kerana sangant takut pada haru Kiamat nanti.
114 Al-Jumuah (Surah) Surah Al-Quran yang ke-62.Surah yang mengandungi 11 ayat yang diturunkan di Madinah. Surah ini dinamakan Jumuah kerana ia mengandungi perintah mengerjakan solat Jumaat.
115 Al-Juwaini Namanya Abdul Malek bin Abdullah Al-Juwaini, seorang yang alim dalam ilmu kalam dan feqah serta penyokong kuat mazhab Syafie. Beliau bergelar imam Al-Harmim bagi Mekah dan Madinah.
116 Al-Kahfi (Surah) Surah al-Quran yang ke-18. Surah yang mengandungi 110 ayat yang diturunkan di Mekah. Ia bererti gua kerana daripada ayat 9-26 ada menceritakan tentang penghuni gua.
117 Al-Khazin Nama sebuah kitab tafsir Al-Quran yang terkenal.
118 Al-Khindi Nama sebenar Abu Yusuf bin Ihsak al-Khindi. Beliau seorang ahli falsafah Islam yang berbangsa Arab. Beliau banyak menterjemahkan falsalah Yunani ke dalam bahasa Arab serta menulis buku falsafah.
119 Al-Khuwarizmi Nama sebenarnya Abu Abdullah bin Muhammad. Beliau merupakan pengarang Islam yang terkenal dengan karangannya dalam ilmu perubatan, matematik, ilmu bintang dan lain-lain lagi.
120 Al-Kursi Suatu alat kebesaran kerajaan Allah S.W.T. berhadapan dengan Arasy. Tiada sesiapa yang mengetahui hakikatnya dan tujuannya, melainkan Allah S.W.T. jua yang mengetahuinya.
121 Al-Latif Salah satu daripada nama Allah S.W.T. (Al-Asma' Al- Husna) yang bererti Allah S.W.T. bersifat sangat lemah lembut kepada makhlukNya.
122 Alaihissalam Doa yang diucapkan ketika mendengar atau mendengan orang menyebut nama-nama rasul selain daripada daripada Nabi s.a.w. Ertinya ialah Ya Tuhanku kurniakanlah sejahtera ke atasnya.
123 Alam Ghaib Alam yang tidak dapat dilihat oleh mata kita. Contohnya alam jin dan alam malaikat dikatakan sebagai alam ghaib.
124 Ali Bin Abi Talib Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan juga diantara sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan akan masuk syurga. Beliau menjadi khalifah yang keempat. Semasa pemerintahannya umat Islam terbabit dengan perang saudara.
125 Alif Lam Qamariah Satu daripada istilah hukum tajwid iaitu tiap-tiap alif lam yang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- alif, ba, jim, ha, ho, ain, ghin, fa, kob. Kaf, mim, wau, ha dan ya. Hukum bacaannya ialah hendaklah dibaca dengan jelas bunyi lam mati .
126 Alif Lam Syamsiah Satu daripada istilah hukum tajwid. Iaitu tiap-tiap alif lam yang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- ta, sa, dal,zal, ra, zai, sin, syim, sod, dhot, to, zo, lam, nun. Hukum bacaannya ialah bunyi lam mati dihilangkan dan huruf alif disabdukan kepada huruf yang berikutnya.
127 Amal Salih Usaha-usaha yang baik dan berfaedah. Sama ada untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Misalnya melakukan ibadat solat, membantu keluarga yang susah dan sebagainya. Mereka yang beriman serta beramal salih saja yang masuk ke dalam syurga kelak.
128 Amirul Mukminin Gelaran yang diberiakn kepada pemerintah-pemerintah Islam di zaman dahulu.Ertinya ialah perintah bagi seluruh umat Islam. Saidina Umar al- Khattab adalah orang yang pertama menerima gelaran itu.
129 Amirul Umarak Gelaran pemerintah orang Islam dahulu yang bermaksud raja bagi segala raja.
130 Ammul Jamaah Tahun orang islam bersatu buat seketika kerana Saidina Hasan bin Ali telah menyerahkan kuasa khalifah kepada Muawiyah bin Abu Suffian.
131 Amru Bin Al-As Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka. Namanya Abdullah Amru bin Al-As. Beliau memeluk Islam pada tahun ketujuh Hijrah ketika dibuat perjanjian Hudaibiyah. Panglima Islam yang berani dan bijak. Dan banyak berjasa kepada dakwah Islam serta setanding dengan Khalid bin Walid. Beliau juga merupakan panglima Islam yang telah membuka negeri Mesir. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi gabenor di Mesir.Beliau telah wafat pada tahun 43 Hijrah.
132 An-Anfal (Surah) Surah al-Quran yang kelapan. Surah ini mengandungi 69 ayat yang diurunkan di Mekah. Al- Ankabut bererti labah-labah kerana di dalam al- Quran ada menceritakan keadaan labah-labah pada ayat yang ke-41.
133 Anak Bulan Bulan yang berbentuk seperti bulan sabit, ianya boleh dilihat pada satu hari bulan. Orang Islam menentukan puasa dan Hari Raya dengan melihat anak bulan. Cara ini dikatakan cara rukyah.
134 Anas Bin Malik Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah lama berkhidmat sebagai khadam. Setelah Rasulullah wafat beliau berpindah ke Basrah dan mengajar agama di sana. Beliau banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. seperti yang terkumpul di dalam Musnad Ahmad.
135 Arqam Bin Abi Arqam Sahabat Rasulullah s.a.w. di Mekah . Beliau adalah orang yang pertama memeluk agama Islam . Rumahnya dijadikan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam secara sulit. Arqam mengikut Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah dan sentiasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam peperangan penting.
136 Asabah Waris si mati yang layak menerima pusaka. Tetapi tidak mempunyai bahagian tetap dalam bahagian faraid. Ia akan mendapat harta yang lebih setelah dibahagi-bahagikan kepada waris yang mempunyai bahagian yang tetap, jika harta itu masih ada. Kiranya sudah habis ia tidak akan mendapat apa- apa pun.
137 Asadullah Ia bererti singa Allah S.W.T. Gelaran ini diberikan kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi s.a.w. kerana keberaniannya dan ketangkasannya yang luar biasa semasa menentang musuh dalam peperangan menentang orang kafir. Beliau telah mati syahid dalam perang Uhud.
138 Asbabun Nuzul Sebab-sebab atau peristiwa yang menyebabkan ayat al-Quran diturunkan pada zaman Rasulullah s.a.w. Mengetahui sebab ayat itu diturunkan adalah penting untuk menentukan sesuatu hukum. Waris-waris yang mempunyai bahagian tetap dalam ashabul menerima harta pusaka si mati. Mereka sumua ialah furudh empat golongan lelaki dan lapan golongan perempuan.
139 Ashabul Kahfi Sekumpulan pemuda pengikut Nabi Allah S.W.T. iaitu Nabi Isa a.s. yang berdakwah kepada kaumnya supaya mentauhidkan Allah S.W.T. tetapi telah mendapat tentangan yang hebat. Lalu mereka lari mendapatkan perlindungan di dalam gua. Mereka tertidur selama beratus-ratus tahun. Kemudian mereka terjaga daripada tidur dan menemui orang ramai. Selepas beberapa lama hidup akhirnya mereka pun mati.
140 Asnaf Golongan yang layak menerima zakat. Terdapat lapan asnaf yang layak menerimanya iaitu orang fakir, orang miskin, amil, mualaf, hamba mukatab, orang musafir, orang yang berjuang di jalan Allah, dan orang yang berhutang kerana kemuslihatan umum
141 Ausaq
142 Ayat Sajadah Ayat-ayat al-Quran yang disunatkannya kita melakukan sujud apabila kita membacanya sama ada kita dalam keadaan solat atau di luar solat. Terdapat 14 tempat di dalam al-Quran. Sujud ini dinamakan sujud sajadah atau sujud tilawah.
143 Ayub (Nabi) Salah satu daripada 25 orang rasul pilihan dan nama mereka tercatat dalam al-Quran. Sesungguhnya Nabi Ayub a.s. banyak menempuh dugaan dugaan daripada Allah S.W.T. ketika berdakwah tetapi beliau tetap bersikap tenang dan sabar.
144 Ayura Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram tiap-tiap tahun. Disunatkan berpuasa pada hari tersebut da ia dinamakan Hari Asyura. Allah S.W.T. menjadikan Adam dan Hawa, langit, bumi dam makhluk-makhluknya yang lain bermula pada hari Asyura.
145 Azlam Satu cara zaman Jahiliyah mencabut undi bagi menentukan urusan mereka hendak melakukan pekerjaan penting. Kalau undian itu menunjukkan kejayaan, ia akan melakukannya jika tidak urusan itu ditangguhkan.
146 Azzawajalla Ertinya yang Maha Mulia dan Maha Agung. Hanya Allah S.W.T. saja yang layak bersifat demikian.

Tentang Kamus Agama Islam

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.